Monday 14 March 2016

Ikhtilat

IKHTILAT DI ALAM MAYA



APAKAH SEBENARNYA YANG DIKATAKAN IKHTILAT DI ALAM MAYA?


Jelas kepada kita bahawa dunia siber bukan penghalang kepada berlakunya
khulwah dan ikhtilat tidak syari’e. Boleh dikatakan khulwah dan ikhtilat moden
adalah lebih bahaya kerana kedua-duanya berlaku dalam bentuk yang amat 
terancang, rahsia, tertutup, bebas dan tanpa kawalan sehingga begitu sukar 
untuk dibendung melainkan dengan kekuatan iman individu itu sendiri atau 
perasaan takut kepada Allah SWT yang mengatasi segalanya. Antara ikhtilat 
yang sedang parah merebak di alam maya adalah: 

1) Budaya forum dan chatting sama ada di YM, Facebook, Myspace dan lain-lain yang tidak syari’e dengan menggunakan bahasa kotor dan lucah sehingga membangkitkan gejolak nafsu dan menjurus ke arah maksiat. 

2) Salah guna web cam dengan mendedahkan aurat sebagai tontonan teman alam maya hingga tidak ambil peduli tentang siapa teman forum atau chattingnya, apa status dan jantinanya,isteri orang ke dan sebagainya.

 

 Salah guna siber membawa kepada zina hati Penyalahgunaan tersebut 
 sememangnya mengundang segala macam unsur maksiat alam maya, jauh dari 
 fungsi sebenarnya yang banyak manfaat. 

 Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:
 ”Tidaklah laki-laki dan perempuan berkhalwah(berdua-duaan)kecuali 
 yang ketiganya adalah syaitan”. (HR Tirmidzi).

Selain haram mengucapkan  kata-kata kotor, haram juga mendekati zina dengan menulis atau menuturkan kata-kata yang kotor, lunak, manja dan gedik atau berupa rayuan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya. 

Sebenarnya itulah zina hati. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah  menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati  ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau 
tidak menuruti.” Hadis Riwayat Muslim.

Menjadi trend remaja masa kini mencari pasangan hidup dengan chatting tanpa mengira apakah batas yang ditetapkan oleh Islam sehingga aspek moral dan akhlak diabaikan. 

Sifat malu sebagai benteng telah terlerai dan terhakis sedikit demi sedikit sehingga berlaku interaksi antara dara dan teruna dalam jangka masa yang panjang dengan menggunakan bahasa yang kurang sopan. 

 Sedangkan Al-Quran telah mengingatkan kita berulang kali bahawa semua perkataan akan dicatat oleh para malaikat dan kita akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap perkataan kita kelak.

Dalam berchatting,seharusnya kita menyedari bahawa segala percakapan atau tulisan kita tetap diperhati oleh Allah SWT dan juga malaikatNya Raqib dan Atid.

 "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan kecuali ada dekatnya malaikat pengawal yang selalu hadir”(Surah Qaaf: 18) (Sila rujuk juga Al-Ahzab ayat 70) 

 Wujudnya khulwah virtual 

 Sekiranya perlu sangat untuk berchatting dengan berlainan jantina, bukankah lebih baik jika chatting itu ditemani orang lain? Islam mengharamkan khulwah (duduk berdua-dua bersunyian) di antara muslimin dan muslimah yang bukan mahram. Dalam hal ini, khulwah secara virtual boleh terjadi dengan perbualan melalui internet ataupun berchatting. 

Sebagaimana diharamkan bersunyi-sunyian dalam keadaan fizikal, begitu juga dari segi virtual. Lebih-lebih lagi interaksi itu berkaitan perkara yang peribadi. Jadi chatting boleh jadi halal dan juga menjadi
haram, ianya bergantung pada cara kita menggunanya.

 Semoga kita berwaspada dan lebih berhati-hati, sehingga chatting yang kita lakukan senantiasa dalam landasan syariat, ibadah dan zikrullah.

 
Penyelesaian:
 Jadikan Internet sebagai suatu manfaat untuk menuju akhirat

 Akhir kata, dalam kita melayari dunia cyber, hendaklah kita sedar bahawa kita masih terikat dengan tuntutan syariat Allah SWT. Jangan sampai kita melupakan matlamat kejadian manusia diciptakan Allah untuk menjadi hamba Allah yang mengabdikan diri kepadaNya dan menjadi khalifah Allah SWT untuk mentadbir dunia ini dengan hukum syariat yang telah diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah SAW.

 Dalam kita bergelanggang di dunia cyber, hakikatnya kita telah menyahut tuntutan fardhu kifayah iaitu menyediakan wadah yang bermanfaat di dunia cyber dalam mencapai kedua-dua matlamat tersebut.

 Jadi, gunakanlah bakat dan kepakaran yang ada untuk mencapai kedua-dua matlamat tersebut.

 Letaklah Al-Quran dan Sunnah sebagai pemimpin kita dalam melaksanakan tuntutan tersebut.

 Letakkan kepentingan agama di hadapan. Kepentingan nafsu, singkirkan terus dari dalam diri.

 Jadikan dunia cyber sebagai alat untuk menuju ke akhirat. Jangan sama sekali menjadikan dunia cyber sebagai alat untuk memenuhi tuntutan nafsu ammarah yang akhirnya akan meranapkan diri kita sendiri. 
Na’uzubillah.


 



Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

Monday 7 March 2016

Chocolate


Had a Heart Attack?Start Eating Chocholate


Not that we need an excuse to eat chocolate, but if you’ve had a heart attack,

you may want to grab the Ghirardelli. Scientists know that eating dark

chocolate (not milk—that’s the obesity-feeder) can reduce person’s risk of

stroke and heart disease. Now researchers have found that eating chocolate can

increase a person’s chances of survival after they’ve suffered a heart attack.

In the Journal of Internal Medicine, Boston researchers published a study

finding that when people who’d had a heart attack ate chocolate two to three

times a week, they significantly reduced their risk of dying from heart disease.

The scientists studied over 1,000 non-diabetic Swedish men and women between

the ages of 45 and 70, all of whom had suffered from a heart attack in the

1990s. They were asked about their diet over the past year and about how much

chocolate they ate. The researchers compared their heath exam from the three

months after their initial hospital stay to their condition eight years later. They

found that “the incidence of fatal heart attacks correlated inversely with the

amount of chocolate consumed.”

So what’s the secret in dark chocolate? The researchers believe the

antioxidants in cocoa keep free radicals from damaging cells the body. Plus it

tastes so darn good.