IKHTILAT DI ALAM MAYA
APAKAH SEBENARNYA YANG DIKATAKAN IKHTILAT DI ALAM MAYA?
Jelas kepada kita
bahawa dunia siber bukan penghalang kepada berlakunya
khulwah dan
ikhtilat tidak syari’e.
Boleh dikatakan khulwah dan ikhtilat moden
adalah lebih bahaya kerana
kedua-duanya berlaku dalam bentuk yang amat
terancang, rahsia, tertutup,
bebas dan tanpa kawalan sehingga begitu sukar
untuk dibendung melainkan
dengan kekuatan iman individu itu sendiri atau
perasaan takut kepada
Allah SWT yang mengatasi segalanya.
Antara ikhtilat
yang sedang parah merebak di alam maya adalah:
1) Budaya forum dan chatting sama ada di YM, Facebook, Myspace dan
lain-lain yang tidak syari’e dengan menggunakan bahasa kotor dan lucah
sehingga membangkitkan gejolak nafsu dan menjurus ke arah maksiat.
2) Salah guna web cam dengan mendedahkan aurat sebagai tontonan teman
alam maya hingga tidak ambil peduli tentang siapa teman forum atau
chattingnya, apa status dan jantinanya,isteri orang ke dan sebagainya.
Salah guna siber
membawa kepada zina hati
Penyalahgunaan tersebut
sememangnya mengundang segala macam unsur
maksiat alam maya, jauh dari
fungsi sebenarnya yang banyak manfaat.
Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:
”Tidaklah laki-laki dan perempuan
berkhalwah(berdua-duaan)kecuali
yang ketiganya adalah syaitan”. (HR
Tirmidzi).
Selain haram mengucapkan kata-kata kotor, haram juga mendekati zina
dengan menulis atau menuturkan kata-kata yang kotor, lunak, manja dan
gedik atau berupa rayuan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya.
Sebenarnya itulah zina hati.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah
Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil
dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah
berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj
(kemaluan) hanya menuruti atau
tidak menuruti.” Hadis Riwayat Muslim.
Menjadi trend remaja masa kini mencari pasangan hidup dengan chatting
tanpa mengira apakah batas yang ditetapkan oleh Islam sehingga aspek
moral dan akhlak diabaikan.
Sifat malu sebagai benteng telah terlerai dan terhakis sedikit demi
sedikit sehingga berlaku interaksi antara dara dan teruna dalam jangka
masa yang panjang dengan menggunakan bahasa yang kurang sopan.
Sedangkan Al-Quran telah mengingatkan kita berulang kali bahawa semua
perkataan akan dicatat oleh para malaikat dan kita akan
dipertanggungjawabkan ke atas setiap perkataan kita kelak.
Dalam berchatting,seharusnya kita menyedari bahawa segala percakapan
atau tulisan kita tetap diperhati oleh Allah SWT dan juga malaikatNya
Raqib dan Atid.
"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan kecuali ada dekatnya malaikat
pengawal yang selalu hadir”(Surah Qaaf: 18) (Sila rujuk juga Al-Ahzab
ayat 70)
Wujudnya khulwah virtual
Sekiranya perlu sangat untuk berchatting dengan berlainan jantina,
bukankah lebih baik jika chatting itu ditemani orang lain? Islam
mengharamkan khulwah (duduk berdua-dua bersunyian) di antara muslimin
dan muslimah yang bukan mahram. Dalam hal ini, khulwah secara virtual
boleh terjadi dengan perbualan melalui internet ataupun berchatting.
Sebagaimana diharamkan bersunyi-sunyian dalam keadaan fizikal, begitu
juga dari segi virtual. Lebih-lebih lagi interaksi itu berkaitan perkara
yang peribadi. Jadi chatting boleh jadi halal dan juga menjadi
haram,
ianya bergantung pada cara kita menggunanya.
Semoga kita berwaspada dan lebih berhati-hati, sehingga chatting yang
kita lakukan senantiasa dalam landasan syariat, ibadah dan zikrullah.
Penyelesaian:
Jadikan
Internet sebagai suatu manfaat untuk menuju akhirat
Akhir kata, dalam kita melayari dunia cyber, hendaklah kita sedar bahawa
kita masih terikat dengan tuntutan syariat Allah SWT. Jangan sampai
kita melupakan matlamat kejadian manusia diciptakan Allah untuk menjadi
hamba Allah yang mengabdikan diri kepadaNya dan menjadi khalifah Allah
SWT untuk mentadbir dunia ini dengan hukum syariat yang telah diwahyukan
Allah SWT kepada Rasulullah SAW.
Dalam kita bergelanggang di dunia cyber, hakikatnya kita telah menyahut
tuntutan fardhu kifayah iaitu menyediakan wadah yang bermanfaat di dunia
cyber dalam mencapai kedua-dua matlamat tersebut.
Jadi, gunakanlah bakat dan kepakaran yang ada untuk mencapai kedua-dua
matlamat tersebut.
Letaklah Al-Quran dan Sunnah sebagai pemimpin kita dalam melaksanakan
tuntutan tersebut.
Letakkan kepentingan agama di hadapan. Kepentingan nafsu, singkirkan
terus dari dalam diri.
Jadikan dunia cyber sebagai alat untuk menuju ke akhirat. Jangan sama
sekali menjadikan dunia cyber sebagai alat untuk memenuhi tuntutan nafsu
ammarah yang akhirnya akan meranapkan diri kita sendiri.
Na’uzubillah.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ